Selamat Datang di Budak Conan

Jabatan Kraftangan Disaran Buka Lebih Banyak Kiosk Di Lapangan Terbang

Saturday, 22 December 20120 comments




KUALA LUMPUR -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disaran menambah lebih banyak kiosk produk kraftangan di lapangan terbang tempatan seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata kepelbagaian jenis produk makanan dan kraf dilihat mampu menarik minat pelancong yang akan menjana lebih banyak pendapatan menerusi industri kraftangan.

"Sambutan pelancong terhadap produk kraf tempatan di lapangan terbang amat menggalakkan dan mendorong kementerian untuk menambahkan lagi kiosk itu," katanya kepada Bernama pada Malam Mesra Media di Kompleks Kraf Jumaat malam.

Beliau berkata setakat ini, hanya dua kiosk produk kraftangan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan satu di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).

Kamaruddin juga berkata peningkatan hasil jualan kepada RM300 juta tahun ini membuktikan industri kraftangan semakin mendapat tempat di hati peminat tempatan dan antarabangsa.

"Kementerian juga bercadang pada masa depan untuk membuka kiosk produk kraf di kompleks beli-belah memandangkan negara kita diiktiraf sebagai syurga beli-belah keempat dunia," katanya.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger