Selamat Datang di Budak Conan

Malaysia Ada Jet Pejuang, Ada Kereta Kebal Tetapi Tak Bantu Negara Islam Dalam Krisis?

Monday 19 August 20137comments

KENAPA MALAYSIA TIDAK MENGHANTAR BANTUAN KETENTERAAN KEPADA NEGARA ISLAM YANG DALAM KRISIS? 

Bercakap mengenai dakwaan bahawa kenapa kita tidak menghantar jet pejuang kita untuk menolong mereka di Mesir misalnya, kenapa tidak menghantar kereta kebal kita misalnya untuk menolong rakyat Palestin, kenapa kita tidak menghantar askar-askar kita untuk menolong kaum Rohingya. Saya rasa ini adalah pemikiran mereka yang dunggu akalnya. Kenapa saya bertanya demkian? Mari, saya ajak kalian untuk berfikir. 

Dalam isu ini, bukan jet pejuang kita yang menjadi persoalan tetapi bagaimanakah kita mahu menghantar jet tersebut tanpa ditembak oleh negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai ke Gaza dan negara-negara yang berkaitan? Pernah dengar tak mengenai Air Invasion, Sea Invasion, DAN Land Invasion? Kalau kita hantar jet pejuang kita, menceroboh ruang udara negara-negara yang akan kita lalu ketika melintasi negara-negara lain, sudah pastinya kita akan ditembak oleh roket mereka. Tak perlu sampai Israel pun sebab perbuatan bodoh hasil cadangan beliau. 

Malaysia tak ada aircraft carrier dan tak ada satu negara Islam pun didunia yang mampu membina aircraft carrier ni. Ohh, kamu tahu ke aircraft carrier ni apa ? Hehehehe... Untuk pengetahuan ustaz, aircraft carrier adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk ‘Kapal Pengangkut Pesawat’. Bentuknya sebegini, dan ini adalah contohnya:



Nak tahu ini kapal apa? Inilah aircraft carrier bertenaga nuklear, Kelas Nimitz. Tahu berapa harganya? US$4.5billion.

Negara yang mempunyai aircraft carrier yang paling banyak ialah Amerika Syarikat dengan 11 aircraft carrier manakala 9 negara lain sekadar menmpunyai dua atau 1 sahaja aircraft carrier. Hanya ada 10 sahaja negara di dunia yang mempunyai aircraft carrier. Dan Persekutuan Rusia pun hanya mempunyai dua sahaja, kelas Admiral Kuznetsov.

Nabi sendiri mengajar kita untuk berperang menggunakan strategi, bukannya melulu macam cadangan MELEIS yang akan memberikan semua hak yang diperlukan pentadbiran Amerika Syarikat untuk merogol kedaulatan tanahair kita yang tercinta ini. Nabi tak akan dapat menawan Kota Khaibar, kota yang menjadi rebutan Rom dan Parsi daripada umat Islam kalau tanpa strategi dan taktikal, bukannya nabi suruh kita melulu berani mati. Begitu juga dengan sekarang, kita harus membuat analisis dan strategi untuk menyerang. Tanpa analisis, anda hanya turun untuk mati dalam peperangan. Jom kita buat analisis. Analisis itu ialah salah satu taktikal perang.

Hayati bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh mahu menawan Kota Konstatinople, bukan sehari dua perancangan. Sudha banyak raja-raja sebelum ini yang tewas dan tidak berjaya menawan kubu kuat umat Kristian itu. Apakah kita melulu untuk pergi menyerang? Tidak! Sultan Muhammad Al-Fateh memastikan askar-askarnya menjadi antara yang terhebat dengan latihan demi latihan. Bahkan bukan dengan itu sahaja, baginda turut melengkapkan askarnya dengan teknologi canggih seperti Meriam yang dicipta oleh rakyat Byzantine yang memeluk Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh membuat kajian demi kajian mengenai kelemahan-kelemahan kota yang disebutkan. 

Mengenai isu Mesir, tahukah yang berlaku di sana adalah isu dalaman? Apabila kita masuk campur, maka ini bermakna kita mencabul kehormatan negara demikian. Kita bukannya negara seperti USA yang mempunyai kuasa VETO. Kita hanya boleh masuk tanpa diserang oleh tentera-tentera bersekutu PBB melalui tentera pengaman yang akan dibentuk oleh PBB sendiri. Apabila ini berlaku, tahukah anda bahawa Malaysia tidak pernah terlepas dalam membantu umat Islam? 

Tentera pengaman di Bosnia, Somalia dan Lubnan misalnya, siapakah yang negara yang menjadi wira menyelamatkan umat Islam bahkan menyelamatkan tentera USA dalam pertempuran? Malaysia! Siapakah yang mengajar anak-anak Bosnia ilmu pengetahuan mengenai dunia bahkan akhirat? Malaysia! Siapakah yang menghantar pasukan komando Khas ke Bosnia untuk membuat kerja 'kotor'? Malaysia! 

Tolonglah fahami bahawa JIHAD itu bukan BERMAKSUD, ANDA "BERBOGEL" memasuki negara orang lalu mengajak berperang! Ya, tentera Islam memenangi peperangan dengan bantuan ALLAH. Tetapi ingatkah kalian janji ALLAH bahawa ALLAH tidak akan membantu sesuatu bangsa andai bangsa itu tidak mengubahnya? 

Tentera Islam dulu berperang bukan dengan semangat sahaja, tetapi TEKNOLOGI DAN AKAL! Pedang lengkung yang digunakan oleh umat Islam mampu memotong BENANG SUTERA! Akal fikiran nabi Muhammad, Khalid Al-Walid dan Sultan Muhammad Al-Fateh merancang taktikal dalam peperangan itu membantu umat Islam!

Tolong! Saya seru kita jangan jadi MEREKA YANG RENDAH IQ! Anda bijak! Saya tahu! Gunakan akal sebelum bercakap mengenai satu perkara!

Islam mengajar kita jangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Tetapi kenapa cara kalian berfikir sebaliknya? 

Hayati kata-kata dari genius yang merangka strategi perang:

"Victorious warriors win first before going to war, defeated warriors go to war then seek to win." - Sun Tzu

SUMBER: Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
Share this article :

+ comments + 7 comments

Anonymous
20 August 2013 at 02:12

Bodohlah blog ni, skrg kita dlm sistem negara berpecah.. bkn negara Islam tunggal. Dunia ditadbir Yahudi dan Kafir. PBB tu proksi kafir. Ko nk pandia2 hantar tentera suka2 hati ke negara bergolak Islam, lepas tu proksi Kafir hantar bom nuklear sebijik ke Malaysia ko mahu? Sbb itulah kena wujudnya kesatuan Islam yg bentuk sistem khalifah cmm zaman Nabi dn Para Sahabt dulu. Kerajaan Sultan Muhammad Al-Fateh ialah krn yg Hebat, bkn mcm zaman kita, nk jd Kg pun pn celaru mcm mana nk tlg org luar? Mesir bergolak sesama Saudara.. apakah ko nk suruh Malaysia cari pasal masuk campur?

Selagi umat Islam xbersatu ko xpyh lah nk ckp soal bantuan. Apa yg boleh skrg cari jalan perdamaian, bkn ajak perang lg. Hantar kemanusiaan, doa dan buat Solat Hajat,

P/S :Org bebal ni bila ckp menampakkan BODOH.. sorry la..

Anonymous
20 August 2013 at 20:16

zaman pemerintahan Hosni Mubarak yang dikatakan zalim tak berlaku pun peristiwa seperti sekarang.dah elok aman cari pasal...amik ko..awat tak lihat Iraq ..selepas Sadam Husein di bunuh sampai sekarang pun tak aman

Anonymous
21 August 2013 at 14:10

org yg first tu ko bace habis ke x? blog nie bg ulasan sbb ade org bdoh ckp knp Malaysia xmasukkan askar dyla bodoh.. tula ko, orang bace smbil phm nie bace sekali terus buat komen bodoh.. ko tu yg bebal nk mampos.. sape kate Malaysia nk hntar askar?

26 August 2013 at 18:24

Anonymous 20 August 2013 02:12

Lu bodoh betoi la... baca bagi abis..!!! Pahamkan la apa yang diulaskan... tu termalu la tu... takpa bro.. Demi Allah dan Rasul serta umat Islam... berjihad tak salah..tapi kena pakai akai laaa... BIJAK... seperti mana Rasul menghadapi musuh dimedan perang. BERDOA SAJA belum tentu menang tanpa STRATEGI dan BERJUANG..

14 September 2013 at 11:55

Mamat bengap ni ingat bolih suka suka hati mak bapak dia nak hantar jet pejuang ke mana mana yg kita suka. Mamat ni baru hidup ke atau baru sedar dari tudul. Sedangkan seorang tentera dai mana mana negara nak melancung ke negara lain pun kena ada surat , ini kan pula nak hantar kelengkapan perang. Mamat bingai ni tahu ke yg dari Malaysia kalau tebang ke negara arab kena lalu berape buah negara dan perlu dpt kebenaran. Baca buku dan cari maklumat, jgn asyik baca harakah, suara keadilan dan roket je.....

Anonymous
17 September 2013 at 08:43

sememangnya s.khabar harakah dan s khabar geng2 sekapal dgnnya tlh merosak n membangangkan otak pembaca

Anonymous
9 July 2014 at 16:30

baca sampai habis bro.. pahamkan ayat

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger