Selamat Datang di Budak Conan

PM Menyamar Pemandu Teksi, Dekati Isi Hati Rakyat

Monday 12 August 20130 comments


Perdana Menteri, jawatan pemimpin No. 1 bagi sesebuah Kerajaan dimana-mana negara di dunia ini secara umumnya. Namun satu tindakan pasti membuatkan kita terperanjat, terkedu dan mengejutkan apabila suatu hari korang naik teksi, dan mengetahui ianya dipandu oleh Perdana Menteri!!

Pasti pelbagai soalan yang timbul ketika penumpang yang menggunakan perkhidmatan teksi tersebut. Maklumlah.. nak tahu isi hati rakyat katakan. Dalam hati pasti tertanya-tanya, ape hal la pak cik drebar teksi nie tanye soalan pelik2... Namun diakhirnya,pasti akan terperanjat apabila pak cik tu rupa-rupanya Pemimpin No.1 Negara..

Peristiwa ini berlaku di Norway apabila Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg bertindak menyamar sebagai pemandu teksi untuk mengetahui isi hati pengundi.

“Ia penting untuk saya untuk mendengar apa yang rakyat perlukan. Jika ada tempat di mana orang ramai berbual apa yang mereka fikirkan (tentang kerajaan), ia adalah di dalam teksi," kata Jens Stoltenberg

Tindakan PM Norway nie satu tindakan yang bagus dan berani yang perlu dibuat daripada seseorang pemimpin tertinggi negara terlalu 'bergantung' kepada Penasihat-Penasihat yang hanya mengemukakan laporan 'berat sebelah'. Maklum lah, nak report 'cantik' lah katakan, yang baik2 jela diceritakan, yang hakikat dari hati rakyat dibakulsampahkan..

Well.. Bagi BC, PM Norway memang Steady!


Video Bawah beserta dengan Translater.. 

Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger