Selamat Datang di Budak Conan

Morsi Digulingkan, Tentera Ambil Alih Mesir

Thursday 4 July 20132comments


Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera walaupun presiden itu tegar mengatakan yang beliau masih lagi pemimpin sah negara itu.

Beratus-ratus ribu rakyat Mesir mengambil tempat di jalan-jalan seluruh Mesir atas tindakan tentera dan kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu.

Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden interim negara itu.

Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah.

Perlembagaan negara juga kini digantung dan Mansour menegaskan pihaknya bakal menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih kuat dan pelbagai.

Menurut ketua Tentera, El-Sisi, pilihan raya parlimen baru bakal diadakan dan pada masa yang sama, Mansour mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perlembagaan baru.

El-Sisi mendakwa, pihak tentera telah memenuhi tanggungjawab mereka yang dianggap bersejarah bagi melindungi negara dengan menggulingkan Morsi.

- SINAR HARIAN
Share this article :

+ comments + 2 comments

4 July 2013 at 11:47

Dulu bila Morsi menang, PAS kata Islam dah menang menewaskan diktator firaun Hosni Mubarak. Habis UMNO/BN dikaitkan dihambur fitnah dan celaan. Bersorak sakan para pelajar tajaan PAS di Mesir, kununnya 'kawan UMNO/BN' dah tumbang dengan kuasa rakyat. Dapat balik Malaysia free, tapi tetap kutuk kerajaan yang membantu mereka pulang.

Kini Morsi dah tergolek dog...adakah Islam juga jatuh, adakah ia konspirasi UMNO/BN menjatuhkan Morsi? Pak Lebai PAS tolonglah jawab!

Anonymous
4 July 2013 at 12:13

Adly Mansour akan mendapat nasib yang sama denganMorsi..nasib kau lah labi..bagi setahun aje..nanti Mesir bergolak lagi..

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger