Presiden Venezuela, Hugo Chavez meninggal dunia semalam selepas dua tahun bertarung dengan kanser, sekali gus menamatkan pemerintahannya yang penuh kontroversi selama 14 tahun.
Pemimpin sosialis berusia 58 tahun itu menjalani empat pembedahan di Cuba bagi merawat kanser yang mula dikesan di bahagian pelvis pada pertengahan 2011.
Beliau tidak muncul di khalayak sejak 11 Disember lalu selepas menjalani pembedahan keempat yang menyebabkan berlaku komplikasi dan jangkitan paru-paru.
Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro ketika memberi ucapan yang disiarkan secara langsung dalam siaran televisyen semalam menggambarkan detik ini sebagai paling menyedihkan bagi rakyat Venezuela.
- REUTERS
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.