Selamat Datang di Budak Conan

TERKINI! Berita Baik Dari PM Untuk Perajurit!

Monday, 11 March 20130 comments



Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan perkhidmatan awam am selaras dengan perubahan lapisan serta gred jawatan atau gred gaji.

Pengumuman Perdana Menteri itu mencakupi perubahan skop, fungsi, tugas, struktur pangkat juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

Contohnya kata Najib, pangkat koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 kini disetarakan dengan gred 22 perkhidmatan awam am.

Pangkat sarjan yang dulunya gred 27 kini disetarakan dengan gred gaji 29 perkhidmatan awam am.

Manakala bagi pangkat kapten dalam ATM dan Penolong Penguasa Polis dalam PDRM yang sebelum ini gred gaji 41 kini disetarakan kepada gred gaji 44.

Bagi pangkat mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis pula akan disetarakan dari gred gaji 41 kepada 46A.

Pangkat kolonel dalam ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis (PDRM) disetarakan dari gred gaji 48 kepada gred 52.

- UTUSAN
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger