Selamat Datang di Budak Conan

[KRISIS LAHAD DATU] Tian Chua Kena Pelempang Dek Najib

Sunday 3 March 20130 comments


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari Ahad mengutuk keras kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menuduh insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah 'konspirasi terancang kerajaan UMNO'.

Perdana menteri berkata tuduhan itu adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.

"Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca.

"Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian. Dalam soal keselamatan kami tidak sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia," kata perdana menteri semasa berucap merasmikan program jelajah 'Janji Di Tepati' peringkat negeri Perlis di Kangar.

Najib yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir pada pelancaran program itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Perdana menteri berkata manusia yang tiada nilai kemanusiaan dan isi perut sangup melakukan perbuatan keji apatah lagi berdusta dan mereka tidak boleh diterima sebagai pemimpin.

"Di Sauk dulu pun dikatakan kita. Di Memali pun kami dimomok. Orang mati di Lahad Datu kita tidak boleh main sandiwara," kata perdana menteri sambil menyatakan bahawa tiada orang sanggup menjadi pelakon untuk mati.

"Kita mesti katakan bahawa semua pasukan keselamatan akan dibela kerana mereka menggadai nyawa. Pejuang negara sepatutnya disanjung, bukan dihina dan diperlekeh. Jadi janganlah main politik dalam soal keselamatan," katanya.

Najib berkata beliau dan isteri sebak dan sedih apabila berhadapan dengan balu dan anak-anak kedua-dua polis yang syahid dalam berjuang mempertahankan negara itu.

"Anak-anak polis yang syahid itu akan membesar tanpa ayah.

Sementara itu perdana menteri berkata masanya akan tiba bagi rakyat Malaysia menentukan sebuah kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka dan menjanjikan masa depan lebih cerah.

SUMBER: BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger