Selamat Datang di Budak Conan

[KRISIS LAHAD DATU] TERKINI! 2 Menteri Kini Di Lahad Datu

Monday 4 March 20130 comments


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berada di Felda Sahabat 16 kira-kira 130 kilometer dari sini hari ini.

Mereka tiba pada pukul 12.15 tengah hari dengan menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan terus ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am bagi mendengar taklimat keselamatan pencerobohan Kampung Tanduo.


(Tentera tabg berkawal ketika ketibaan 2 Menteri)

(Kawalan Ketat oleh Tentera)

Hishammuddin dan Zahid dijangka mengadakan sidang akhbar bersama selepas taklimat itu di Pusat Media di Residental Felda Sahabat tidak jauh dari situ.

SUMBER: FB KELAB PENYOKONG PDRM
GAMBAR: BERNAMA


Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger