Selamat Datang di Budak Conan

[KRISIS LAHAD DATU] PM Beri 'Green Light' Kepada PDRM & ATM

Friday 1 March 20130 comments


Perdana Menteri mengesahkan dua anggota polis terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam pertembungan antara Angkatan Tentera Malaysia dan kumpulan bersenjata di kampung Tanduo berhampiran Lahad Datu, Sabah.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan bersenjata Filipina telah keluar sejauh 1.5 kilometer dari kawasan berkurung mereka dan melepaskan tembakan kepada pasukan keselamatan Malaysia.

“Saya amat sedih atas kejadian itu kerana apa yang kita mahu untuk elakkan, iaitu pertumpahan darah, sebenarnya telah berlaku.

“Sekarang tidak ada tempoh tangguh untuk kumpulan untuk pergi.

“Saya telah memberi mandat penuh kepada komander bertugas, iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang perlu difikirkan perlu,” katanya.

SUMBER: SGB
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger