Selamat Datang di Budak Conan

[KRISIS LAHAD DATU] Kronologi Penuh Serangan Tentera Terhadap Penceroboh Pagi Tadi

Tuesday 5 March 20130 comments


12:00 > Setakat ini kematian penceroboh belum disahkan lagi dan tiada kematian dari pihak kita. Alhamdulillah

11:40 > Operasi udara telah dihentikan, Pasukan darat pula ambil alih serangan.

11:20 > Laporan mengesahkan tiada kecederaan atau kematian dari Pihak Malaysia…Alhamdulillah !!

10:15 > Bergegar bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, di mana tempat wartawan berkumpul akibat letupan berdekatan !!

10:00 > Pasukan keselamatan lancar serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.Suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia. Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis.

09:30 > Unit Udara telah mendahului dan menyerang kedudukan Penceroboh di Lahad Datu. Kedengaran lebih daripada 10 letupan berlaku di sana.

09:00 > Kedengaran bunyi pesawat dan letupan kuat di sekitar kampung Tanduo. Keadaan tegang tapi tenang.

08:06 > Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu

06:00 > 7 Batalion tentera telah berada di sekitar Sabah. Setakat pagi ini tiada serangan dan pencerobohan yang berlaku.


Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger