Dana Usahawan Muda (YEF) adalah sebuah dana khas yang diwujudkan oleh Kerajaan khusus untuk golongan belia sebagai salah satu strategi berterusan untuk membudaya dan membentuk usahawan di kalangan belia di Malaysia.
Tujuan dana ini adalah bagi menyediakan alternatif kepada usahawan muda dalam mendapatkan pembiayaan bagi memulakan perniagaan mahupun bagi memenuhi keperluan perniagaan sedia ada.
Konsep Pembiayaan
> Pembiayaan adalah berlandaskan Syariah (Cth: Bai' Inah, Bai' Bithaman Ajil, Ijarah, Ijarah Thummal Bai')
Tujuan & Marjin Pembiayaan
A) Keperluan Modal Pusingan
A) Keperluan Modal Pusingan
Jenis Modal Pusingan | Marjin Pembiayaan |
Modal Pusingan – Pembelian bahan mentah, stok, kos overhed, ubahsuaian, promosi & pengiklanan dll | Sehingga 100% |
Nota:
‘Reimbursement' adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.
B) Pembelian Aset Perniagaan
Jenis Modal Pusingan | Marjin Pembiayaan |
Alat-alatan kecil, mesin & peralatan, peralatan pejabat dll |
|
Baru | Sehingga 95% |
Lama | Sehingga 70% |
Nota:
- Pembiayaan semula adalah tidak dibenarkan
- ‘Reimbursement' adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.
Had Pembiayaan
Minimum : RM50,000
Maksimum: RM100,000
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 7 tahun termasuk maksimum 1 tahun tempoh pernafasan (‘grace period')
Kadar Keuntungan
5% setahun (‘Annuity Monthly Rest')
Kelayakan
- Belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang memiliki perniagaan
- Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn Bhd
- Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon yang berstatus Belia mestilah individu yang memegang perkongsian / saham majoriti melebihi 51% DAN individu Belia tersebut adalah pembuat keputusan utama dalam firma / syarikat
- Memiliki kelayakan minimum Sijil Keusahawanan / Sijil Vokasional
- Pemohon yang tidak memiliki Sijil Keusahawanan / Sijil Vokasional boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon menyertai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), SME Bank
- Syarikat / firma yang baru bermula (‘start-up') iaitu beroperasi kurang dari 1 tahun, boleh dipertimbangkan
Sekuriti & Cagaran
Sekuriti & Cagaran | Syarikat | Firma |
Dokumen Sekuriti | Jaminan secara bersama & berasingan | Perjanjian Kemudahan |
|
Perjanjian Kemudahan |
|
Cagaran Tunai | Minimum 10% Cagaran Tunai (1:10) |
|
MAKLUMAT LANJUT > KLIK SINI
+ comments + 2 comments
saya difahamkan ayat fakta dana ini ialah dana untuk memulakan perniagaan...tapi bila lihat syarat kelayakan berumur 18-30 YANG MEMILIKI PERNIAGAAN...jadi dana ini untuk orang yang dah mula meniaga la...??xsama orang da miliki perniagaan dengan yang nak memulakan perniagaan....
yang nak mulakan perniagaan pum boleh, maksud dia yang dah ada perniagaan itu, kalau anda nk memperluaskan lagi perniagaan adna tu je.. tu pum x faham ?
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.