Selamat Datang di Budak Conan

Pergerakan Penumpang MAHB Catat Peningkatan 9.9 Peratus Pada Nov 2012

Thursday, 3 January 20130 comments



KUALA LUMPUR -- Pergerakan penumpang Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) pada suku lepas (2012), meningkat 9.8 peratus berbanding November tahun 2011.

Penumpang antarabangsa meningkat 13.1 peratus manakala jumlah penumpang domestik menambah 7.1 peratus.

"Bagi sektor antarabangsa, Malaysia Airlines, AirAsia dan syarikat penerbangan asing sebagai satu kumpulan, mencatat pertumbuhan dua angka berbanding November 2011," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia Rabu.

Bagi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), peningkatan MAS dan AirAsia kira-kira 16 peratus manakala momentum pergerakan domestik juga meningkat berbanding purata 4 peratus kepada lebih 7 peratus pada November 2012, katanya.

Pergerakan pesawat merekodkan 54,354 pergerakan, peningkatan 4.1 peratus berbanding 52,231 pada November tahun lepas, kata MAHB.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger