Selamat Datang di Budak Conan

KALIMAH ALLAH: Pendedahan Yang Tidak Akan Disiarkan Di Harakah

Friday, 25 January 20130 comments

Isu penggunaan kalimah Allah mula diungkitkan oleh Lim Guan Eng untuk digunakan di dalam Kitab Bible didalam Bahasa Melayu. Permintaan tidak masuk akal ini mengundang pelbagai kontroversi tatkala Malaysia adalah sebuah negara Islam dan termaktub didalam Perlembagaan Islam adalah agama rasmi.

Kontroversi ini meneruskan edisinya apabila pada 8 Januari 2013, Pakatan Rakyat sebulah suara mengeluarkan kenyataan rasmi bersetuju untuk bukan islam menggunakan kalimah Allah. Tindakan ini juga menimbulkan huru hara di dalam parti PAS yang kononnya memperjuangkan islam.

Hj Hadi dikatakan dikecam hebat apabila persetujuan beliau bersama pemimpin tertinggi PR tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu yang mana mereka ini dianggotai oleh ulamak PAS.

Namun apa yang BC nak dedahkan hari ini tentang akibat dan perkara yang akan menakutkan akan berlaku sekiranya penjajahan PR ke atas agama islam melalui isu kalimah Allah ini menjadi kenyataan.

BC nak bawak rakan2 ke negara jiran kita, Indonesia. Negara yang mempunyai umat islam teramai di dunia iaitu 205juta orang. Penggunaan kalimah Allah disana membangkitkan kekeliruan apabila kalimah Allah turut digunakan oleh penganut beragama Kristian.

PENDEDAHAN #1
:. Terdapat gereja yang menggunakan kalimah Allah dengan menamakan menggunakan kalimah Allah ini pada gereja-gereja mereka di Indonesia.






PENDEDAHAN #2
:. Penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan islam terus diperluaskan apabila diletakkan dalam lirik lagu oleh penyanyi popular mereka. apatah lagi mengatakan 'Allah Yesusku'. Kita fikirkan sejenak sebagai umat beragama islam, adakah Allah iaitu Tuhan kita sama dengan tuhan kristian sepertimana dinyatakan didalam lagu ini??? Nauzubillah.. Mintak dijauhkan perkara yang merosakkan akidah dan kufur ini.


PENDEDAHAN #3
:. Kalimah Allah turut digunakan didalam dakyah-dakyah kristian disana sekaligus menimbulkan kekeliruan bagi umat Islam. Adakah kita nak perkara ini berlaku di Malaysia?





PENDEDAHAN #4
:. Gerakan "Gereja Allah Baik" yang mula digerakkan pada tahun 2001 amat memeranjatkan apabila secara jelas dan terang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Mereka percaya pada Allah, mereka juga percaya Jesus itu Tuhan mereka. Nauzubillah, BC mintak dijauhkan perkara ini berlaku ditanah air..



PENDEDAHAN #5
:. Kesan jangka panjang dan menakutkan sebagai jiran serumpun apabila negara Indonesia dijangka bakal menjadi negara Kristian pada 2035?? Kebimbangan ini dizahirkan melalui satu video yang telah disebarkan bagi mengatasi masalah murtad yang serius berlaku di Indonesia apabila direkodkan hampir 2juta rakyat mereka keluar dari Islam setiap tahun. Sekali lagi BC nak tanya pada rakan2,adakah kita nak perkara ini terjadi di Malaysia?



Kesan-kesan inilah yang kita bimbangi akan terjadi di Malaysia kelak sekiranya Pakatan Rakyat terus dengan pendirian mereka untuk membenarkan kalimah Allah terus digadai dan dipergunakan.

Apakah yang kita nak jawab suatu hari nanti sekiranya gejala murtad terus berkembang di Malaysa akibat tindakan berkepentingan politik ini mengatasi kepentingan Islam itu sendiri. Kerana nak undi dari bukan Islam, kalimah Allah digadaikan begitu sahaja?

Anda sokong mereka, anda jualah penyumbang ke arah perkara syirik ini. Allah s.w.t telah mengurniakan akal yang sempurna kepada kita untuk berpikir. Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati. Sama-samalah kita menolak perkara yang syirik ini.

Percaya lah.. luahan pada kartun nie ada asasnya dan ini bukan mainan. Sekiranya anda sayang Islam, kita harus tentang penggunaan kalimah Allah oleh org bukan islam. Kalu tidak BC percaya,perkara ini berlaku di Malaysia.. Nauzubillah..



We All LOVE Allah s.w.t

Mohon Jasa Baik rakan-rakan Sebarkan..
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger