Selamat Datang di Budak Conan

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Saturday 26 January 20130 comments



BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.

Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.

<FAKTA BL1M>

  • Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
  • Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
  • Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
  • Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
  • Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
  • Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali

<SYARAT PENYERTAAN>
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888
  • Tiada cara pintas
PERMOHONAN SECARA ONLINE >> KLIK SINI


PERINGATAN! Ada pihak cuba mensabotaj usaha baik ini melalui sindiket untuk menipu anak muda. (RUJUK SINI). Secara kekeliruan & pertanyaan boleh dirujuk kepada MYEG: 03-7801 8888 atau layari http://www.bl1m.my


Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger