Selamat Datang di Budak Conan

Dana Usahawan Muda RM50 Juta

Saturday 16 February 20132comments


Dana Usahawan Muda (YEF) adalah sebuah dana khas yang diwujudkan oleh Kerajaan khusus untuk golongan belia sebagai salah satu strategi berterusan untuk membudaya dan membentuk usahawan di kalangan belia di Malaysia.

Tujuan dana ini adalah bagi menyediakan alternatif kepada usahawan muda dalam mendapatkan pembiayaan bagi memulakan perniagaan mahupun bagi memenuhi keperluan perniagaan sedia ada.

Konsep Pembiayaan

> Pembiayaan adalah berlandaskan Syariah (Cth: Bai' Inah, Bai' Bithaman Ajil, Ijarah, Ijarah Thummal Bai')

Tujuan & Marjin Pembiayaan

A) Keperluan Modal Pusingan

Jenis Modal Pusingan Marjin Pembiayaan
Modal Pusingan – Pembelian bahan mentah, stok, kos overhed, ubahsuaian, promosi & pengiklanan dll Sehingga 100%

Nota:
‘Reimbursement' adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.


B) Pembelian Aset Perniagaan

Jenis Modal Pusingan Marjin Pembiayaan
Alat-alatan kecil, mesin & peralatan, peralatan pejabat dll

Baru Sehingga 95%
Lama Sehingga 70%

Nota:
  • Pembiayaan semula adalah tidak dibenarkan
  • ‘Reimbursement' adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.

Had Pembiayaan

Minimum : RM50,000
Maksimum: RM100,000

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 7 tahun termasuk maksimum 1 tahun tempoh pernafasan (‘grace period')

Kadar Keuntungan

5% setahun (‘Annuity Monthly Rest')

Kelayakan

  • Belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang memiliki perniagaan
  • Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn Bhd
  • Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon yang berstatus Belia mestilah individu yang memegang perkongsian / saham majoriti melebihi 51% DAN individu Belia tersebut adalah pembuat keputusan utama dalam firma / syarikat
  • Memiliki kelayakan minimum Sijil Keusahawanan / Sijil Vokasional
  • Pemohon yang tidak memiliki Sijil Keusahawanan / Sijil Vokasional boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon menyertai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), SME Bank
  • Syarikat / firma yang baru bermula (‘start-up') iaitu beroperasi kurang dari 1 tahun, boleh dipertimbangkan

Sekuriti & Cagaran

Sekuriti & Cagaran Syarikat Firma
Dokumen Sekuriti Jaminan secara bersama & berasingan Perjanjian Kemudahan

Perjanjian Kemudahan

Cagaran Tunai Minimum 10% Cagaran Tunai (1:10)


MAKLUMAT LANJUT > KLIK SINI
Share this article :

+ comments + 2 comments

18 February 2013 at 20:53

saya difahamkan ayat fakta dana ini ialah dana untuk memulakan perniagaan...tapi bila lihat syarat kelayakan berumur 18-30 YANG MEMILIKI PERNIAGAAN...jadi dana ini untuk orang yang dah mula meniaga la...??xsama orang da miliki perniagaan dengan yang nak memulakan perniagaan....

Anonymous
24 February 2013 at 21:08

yang nak mulakan perniagaan pum boleh, maksud dia yang dah ada perniagaan itu, kalau anda nk memperluaskan lagi perniagaan adna tu je.. tu pum x faham ?

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger