Selamat Datang di Budak Conan

PANAS! Habis laaa Najib, Kisah Sebenar Scopene Terbongkar!

Saturday 27 July 20130 comments


Jasbir Singh Chahl, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene Malaysia akhirnya telah membuka mulut mencerita dan mendedahkan perkara sebenar isu yang hangat diperkatakan di Malaysia iaitu Isu Kapal Selam Scorpene Malaysia.

Pertamanya beliau sekeras-kerasnya menafikan tuduhan SUARAM pembabitan antara Altantuya dengan pembelian kapal selam Malaysia ini.


Ikuti Temubual Haris Hussain bersama beliau:-

Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.

“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.

Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.

Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM 452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.

Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori.Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood.Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.

April ini, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.

Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini.Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut.Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.

Sebelum perjumpaan ini dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat dimana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

Semasa berkunjung kerumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia, dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”. 


Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Bagnda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.

Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002.Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.

Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006. Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.

Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ianya adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis .”

Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004.Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002. Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Pihak pro-pembangkang menyatakan kononya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis.Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara. 


Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis.Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu menggunakan khidmat penterjemah luar, dan pastinya bukan seorang Mongolia yang tidak diketahui asal usulnya.

Di dalam satu kenyataan kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS untuk Malaysia dan SIngapura pada ketika itu, Fredric Faura, telah memberitahu para penyiasat bahawa tidak perlu untuk mendapatkan khidmat penterjemah kerana rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris.

“Anda bertanya kepada saya mengapa blog-blog mengatakan bahawa budak perempuan ini (Altantuya) ada kaitan dengan Razak Baginda.Anda perlu bertanya kepada penulis blog-blog tersebut”.

Chahl juga berpendapat bahawa mengapa tiada pihak yang mempersoalkan kredibiliti pihak pembangkang yang telah memaparkan sekeping gambar palsu (yang mereka juga akui sebagai palsu) kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya.Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.

- Dipetik dari NST

Ikuti Sambungannya hari esok.. 

Bercakap soal Jasbir Singh Chahl, siapa dia sebenar?? BC akan berkongsi dengan pembaca esok jam 10 pagi. Nantikan.. KUBURKAN FITNAH, TEGAKKAN KEBENARAN. 
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger