Selamat Datang di Budak Conan

#FBP2015 : Colours of ASEAN mewarnai Pavilion MBM

Friday 22 May 20150 comments

Colours of ASEAN merupakan antara acara yang menarik untuk dikunjungi oleh pelawat Festival Belia Putrajaya 2015 yang telah membuka tirainya secara rasmi pada hari ini. Acara Colours of ASEAN menempatkan booth-booth dari seluruh negara ASEAN dengan mempamerkan tarikan menarik dari negara masing-masing. Acara ini bertempat di Pavilion MBM @ Zon Utara.

Dengan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Majlis Belia Malaysia telah memainkan peranan penting melalui penganjuran program ini dengan menjadikan ianya sebagai platform untuk terus mengukuhkan hubungan dikalangan belia ASEAN melalui pendekatan sosial. Difahamkan, acara ini dijayakan dengan kelolaan Kementerian Luar Negara dan mendapat kerjasama daripada pihak kedutaan ASEAN. Tahniah MBM!

Pelbagai acara menarik akan akan diserikan di pentas pavilion MBM ini dengan pembukaan persembahan telah berlangsung petang tadi. Pada sebelah malam ini pula, Malam Gala Tarian Rakyat dan Kebudayaan Negeri akan dipersembahkan dan bakal memukau pengunjung yang hadir.

Menurut pihak penganjur, Colours of ASEAN dianjurkan buat pertama kali di Festival Belia namun ianya kali kedua dianjurkan oleh MBM. Bagi mereka yang ingin melihat keunikan negara-negara ASEAN, boleh datang ke Pavilion MBM di Zon Utara. Jangan lepaskan peluang anda!






Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger