Selamat Datang di Budak Conan

Logo Darul Takzim FC Ciplak?

Sunday 23 December 20122comments

Ramai peminat bola sepak pasti tak sabar nak menyaksikan pesembahan pasukan bola sepak yang baru sahaja di rebranding oleh pucuk pimpinannya dengan membawa pemain ternama dunia seperti Guiza dan telah menarik ramai pemain ternama kebangsaan juga.

Sape tak teruja beb nak tgk bekas pemain pasukan kebangsaan Sepanyol beraksi di Liga Super Malaysia nie. Well.. Boleh dikatakan pasukan yang diberi nama Darul Takzim FC nie boleh la digelar sbg Real Madrid Malaya dgn byk wang yg telah dilaburkan.

Bayangkan la, pemain ternama seperti Guiza yang membantu pasukan Sepanyol menjuarai EURO 2008 pasti menuntut Darul Takzim FC mengeluarkan peruntukan yg tinggi utk bayaran gaji beliau. Safee Sali pun dah bergaji ratusan ribu sebelum nie ketika di Pelita FC,sy percaya gajinya di Darul Takzim FC pun paling kurang same gajinya dgn sebelumnya apatah lagi bintang ternama seperti Guiza.

Yang aku nak share dgn pembace sebenarnya adalah tentang logo Darul Takzim FC. Yg nie logo diaorg:-


Skrg heboh di media sosial dikatakan Darul Takzim FC nie ciplak logo dari sebuah kelab bola sepak Australia iaitu Richmond FC juga terkenal dgn nama jolokan The Tigers. Kenapa dikatakan ciplak dari sana?

Pertama:
Rupa Harimau pada logo Darul Takzim FC 98% same dgn Harimau pada logo Richmond FC

Kedua:
Mengikut Fakta dari Uncle Wikipedia, Kelab Richmond telah ditubuhkan pada tahun 1885.
So sudah pasti Richmod guna dulu logo tu kan?

Inilah hasil kajian aku setelah mendengar rumors di media-media sosial. Namun paling mengejutkan Logo Darul Takzim FC nie pun ade lagi pelanduk dua serupanya. Errrrrr.. tak jadi pelanduk dua serupa dah tp pelanduk tiga serupa.. sape?? Jom tgk..


Wowww.!!! Ape2 pun, sape yg design logo nie mungkin kena kaji balik. Tak syok la bro kalau same sampai camni. Aku pun sebenarnya teruja nak tgk Harimau Selatan nie beraksi tp logo pun kena la gah sbb ia ibarat maruah sesebuah pasukan. Sape yg design logo aku tak tahu la tp kali boleh, Darul Takzim FC invest la lebih sket utk dptkan logo yg gah ya..


Share this article :

+ comments + 2 comments

25 January 2013 at 01:50

Kalu pihak OZ tau ni bleh kene saman atas manipulating original corporate design.

Anonymous
23 September 2014 at 09:52

Oklah kalau dia tiru pun bukan kelab ternama.
At least JDT tak tiru logo Menyu....
wakakakakakaa.....
#FAMB je yang tak tiru2 negara yang berjaya. Sebab tu smpi skrg tak berjaya dalam apa kejohanan pun....

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger